Pengenalan
Surau Al-‘Izzah atau nama asalnya Surau Husna dibina pada tahun 1996 hasil usaha gotong-royong dan sumbangan ikhlas penduduk Taman Samudera Fasa 1A (Delphina/Mitra). Surau ini dibina di atas tapak ehsan daripada pihak pemaju iaitu Syarikat Samudra Sdn Bhd (anak syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd). Pembinaan surau ini telah menyelesaikan masalah penduduk untuk menunaikan ibadah secara berjemaah khususnya solat lima waktu dan juga ibadah-ibadah lain termasuklah menyemarakkan bulan Ramadan.
Memandangkan pembinaan surau ini adalah hasil sumbangan orang-ramai di kalangan individu-individu yang dermawan dan penduduk Taman Samudera, maka pihak Jawatankuasa surau bertanggungjawab untuk mengekalkan dan menguruskan surau ini untuk manfaat bersama. Pada Awal 2010, Jawatankuasa Surau Al-‘Izzah telah memutuskan untuk mendaftarkan secara rasmi surau ini di bawah kariah Masjid Ar-Rahimah, Greenwood, Selangor. Sehubungan dengan itu, sejak akhir 2009 sehingga awal 2010, beberapa renovasi serta penambahan infrastruktur telah dilakukan ke atas surau ini bagi memberi keselesaan kepada para jemaah. Antara renovasi yang dibuat ialah pembesaran ruangan solat utama, pembinaan tandas wanita, pemasangan penghawa dingin udara dan mengindahkan landskap di sekeliling surau. Pembiayaan ini ditampung melalui sumbangan dan kutipan derma yang diusahakan oleh pihak surau.
Surau ini telah dirasmikan dengan nama baru Surau Al-‘Izzah pada 5 Mac 2010 bersamaan 19 Rabiulawal 1431H oleh YB Dato’ Dr Hj Hasan bin Hj Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia merangkap Exco Agama Negeri Selangor. Majlis perasmian ini diraikan sempena sambutan Maulidurrasul 1431H.
Alhamdulillah pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H, Surau Al-‘Izzah telah mendapat kelulusan pendaftaran daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor dengan nombor pendaftaran JAI.SEL.BPM/01/035/227.
Kepada para dermawan yang ingin memberi sumbangan kewangan bagi membantu menampung kos pembangunan dan operasi Surau Al-‘Izzah, sumbangan boleh dibuat atas nama “SURAU AL-‘IZZAH” Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Seri Gombak nombor akaun 12225010001317.
Lokasi

assalamualaikum w.r.t,
pihak pentadbir portal ini….besarlah harapan saya agar nombor akaun bank dan cawangan bank dipubliskan diruangan kewangan bagi memudahkan penyaluran tabung oleh org perseorangan atau syarikat yg tertarik dan berminat untuk menghulurkan bantuan kewangan secara langsung kedalam bank surau…mungkin saya salah tetapi saya tidak terjumpa mana-mana bahagian dalam portal ini ada menyatakan nombor akaun bank surau…betulkan saya sekiranya saya salah….terima kasih dan sekian..moga usaha tuan pentadbir diberkati..
Waalaikumussalam wm wbt, terimakasih atas cadangan tuan. Cadangan diterima dan akan dipublishkan segera.
as salam… ada kelas iqrak utk kanak2 tak kat cni?
Wkmslm wm wbt,
Untuk makluman, mulai 13/3/2012 ini, HELWA Al-‘Izzah akan mengadakan:
Kelas Iqra’ untuk kanak-kanak dari usia 6 tahun hingga 12 tahun – bermula dari jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis – bayaran RM30.00 sahaja
Kelas Mengaji Dewasa dari jam 9.30 pagi – 11.30 pagi hari Isnin, Selasa dan Khamis – bayaran RM30.00 sahaja
Ustazah yang akan membimbing Kelas Iqra’ dan Kelas Mengaji Dewasa ialah Ustazah Noor Faeza Abdul Rahman, isteri kepada Ustaz Zool Amali. Kepada sesiapa yang berminat boleh berhubung dgn Pn Hjh Siti Hadejah 012-2038410 atau Ustazah Bahariah 016-21950516.
Wassalam.