Pembangunan

LAPORAN SIAP PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF  SURAU AL-IZZAH FASA 1

Sila klik di sini

Kertas Cadangan Projek Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah boleh dimuatturun di sini.

Surat Rayuan Sumbangan, sila klik di sini.

PROJEK MENAIK TARAF SURAU AL-‘IZZAH

Alhamdulillah sejak diluluskan pendaftaran pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H, Surau Al-‘Izzah telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti untuk ahli kariah yang merangkami semua peringkat umur dari kanak-kanak, remaja, belia dan orang dewasa. Aktiviti-aktiviti yang turut disertai oleh penduduk dari Taman yang berdekatan ini telah menyumbang kepada pertambahan bilangan jemaah yang hadir solat berjamaah di surau.

Bagi menampung kehadiran jemaah yang semakin bertambah serta aktiviti yang semakin mendapat sambutan, Jawatankuasa Surau Al-‘Izzah telah meluluskan cadangan pembesaran surau oleh Biro Pembangunan. Projek Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah ini akan bermula pada awal tahun 2012 dan dijangkakan dapat diasiapkan sebelum ketibaan bulan Ramadhan 1433H. Projek menaiktaraf ini dipecahkan kepada 3 fasa seperti berikut:

  1. Fasa 1 : 120K
  2. Fasa 2 : 80K
  3. Fasa 3 : 100K

Sehubungan dengan itu, pihak surau memohon para dermawan untuk menghulurkan sumbagan bagi membiayai projek menaiktaraf surau ini. Sumbangan boleh dibuat atas nama “SURAU AL-‘IZZAH” akaun Bank Islam Malaysia Berhad 12225010001317. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengerusi Jawatankuasa Tabung Pembangunan Surau Al-‘Izzah iaitu Tn Hj Suhairy Sayuti 012-200 8495 atau Setiausaha Tabung Pembangunan En Wan Mohd Zukri C M Zin 012-320 3434.

JAWATANKUASA TABUNG PEMBANGUNAN SURAU AL-‘IZZAH TAMAN SAMUDERA

Penasihat
Tn Hj Abdul Ghani Shamsudin
Tn Hj Desa Ali

Pengerusi
Tn Hj Suhairy Sayuti

Timbalan Pengerusi
En Mohd Rahim Kawangit

Setiausaha
En Wan Mohd Zukri Che Mat Zin

Bendahari
En Mohd Zulkefli Yaakob

AJK:
Tn Hj Mohd Adam Shamsuddin
En Zaidin Salehan
Tn Hj Jaafar Mohamad
En Azmi Nuar
En M Azman Sa’ari
En Mohamad Sirat Ngosman
Tn Hj Mohd Zaki Jusoh
En Shamsuri Md Said
Tn Hj Burhan Abu Bakar
En Shahrul Nizam Hj Bohari
Wakil Helwa

PEMBANGUNAN INFRASTUKTUR

Pihak JK Surau Al-‘Izzah mengucapkan jutaan terimakasih, jazakallahu khairan kathira kepada semua penyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, bahan binaan, idea dan juga tenaga sehingga dapat menambah dan menaiktaraf beberapa infrastruktur Surau Al-‘Izzah. Alhamdulillah, dengan keadaan surau yang lebih selesa dan berkat sumbangan para dermawan semua, jemaah yang hadir ke surau semakin bertambah. Dengan perancangan aktiviti yang melibatkan sama kaum ibu/wanita dan anak-anak remaja, diharapkan lebih ramai lagi ahli kariah yang akan hadir untuk mengimarahkan surau kita ini.

Namun begitu, ada beberapa lagi kemudahan yang perlu dibuat seperti ruang parkir dan sebagainya yang masih memerlukan sumbangan daripada semua. Sila hubungi SU Surau Sdra Wan Mohd Zukri (012-320 3434) untuk menyalurkan sumbangan anda.

___________________________________________________

PEMBANGUNAN LAMAN WEB
www.surau-alizzah.com

Laman web www.surau-alizzah.com menggunakan modul blog mula dibangunkan pada awal Mei 2010 bertujuan untuk:

  1. Sebaran maklumat Surau Al-‘Izzah
  2. Laporan aktiviti Surau Al-‘Izzah
  3. Dokumentasi program Surau Al-‘Izzah dan maklumat ahli kariah
  4. Rujukan program dan maklumat semasa
  5. Memudahkan komunikasi antara JK Surau dan ahli kariah

.

Pengendali

Laman web ini dikendalikan oleh seorang moderator utama dengan bantuan beberapa orang moderator lain yang dibenarkan oleh JK Surau Al-‘Izzah.

Kewangan

Kos-kos pembelian dan bayaran tahunan domain, web hosting dan pembangunan laman web ini ditaja sepenuhnya oleh sebuah syarikat milik ahli kariah Surau Al-‘Izzah.

Hebahan on-line dan off-line

Hebahan laman web ini boleh dibuat secara online iaitu melalui emel JK Surau kepada kenalan atau e-groups masing-masing dan juga melalui off-line iaitu alamat laman web diletakkan pada banner program, banner bulanan, kepala surat, flyers, buletin dan sebagainya.

Bagi banner bulanan, pihak Surau telah membuat satu frame banner tetap di sisi-depan surau untuk menggantung banner yang berlainan setiap bulan mengikut tema sambutan tarikh-tarikh penting dalam Islam. Caption yang ditulis pada banner dapat memberi manfaat dan peringatan kepada orang ramai di samping dapat menghidupkan Surau.

Banner yang digantung secara fizikal sama dengan banner pada front page laman web seperti contoh di bawah:

Banner bulanan di depan surau

Kos produksi banner (design dan printing) setiap bulan serta kos membuat frame besi untuk menggantung banner adalah sumbangan ahli kariah surau Al-‘Izzah.

Forum Maya

Pihak surau juga telah mewujudkan satu forum maya (e-groups) untuk ahli kariah Surau Al-‘Izzah iaitu surau-alizzah@yahoogroups.com dan satu forum maya khas untuk AJK Surau iaitu ajksurau-alizzah@yahoogroups.com.

PROJEK KERJA-KERJA MENAIKTARAF

SURAU AL-IZZAH FASA 1

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *