Alhamdulillah, Taqwim 2011/1432H Surau Al-‘Izzah yang siap menjelang 1 Jan 2011, iaitu pagi 31 Dis 2010 telah mula dibeli oleh ahli kariah dengan harga RM5. Ada yang beli 1, 2 dan ada juga yang beli sehingga sepuluh keping. Taqwim bersaiz 20″ x 30″ cetakan warna penuh atas kertas matt art 157gm (agak tebal berbanding kalendar
Untuk kemudahan ahli kariah melaksanakan ibadah korban pada tahun 1432H, pihak surau telah mengambil inisiatif mewujudkan Program Tabungan Ibadah Korban 1432H. Melalui program ini ahli kariah boleh menabung secara bulanan mulai Jan 2011 dengan jumlah tabungan RM40 sebulan selama 10 bulan. Harga satu bahagian lembu Korban termasuk pengurusan dan jamuan ialah RM400.00. Borang penyertaan Program
Alhamdulillah, artwork Taqwim 2011/1432H Surau Al-‘Izzah telah dihantar untuk output plate (CTP) lewat malam tadi (29 Disember 2010). Plate siap tengahari ini dan mula dicetak petang ini (Khamis 30 Disember) atau pagi esok (31 Disember). Jangkaan siap insyaAllah petang esok. Taqwim ini lengkap dengan jadual aktiviti Surau Al-‘Izzah tahun 2011 dan Jadual Waktu Solat 2011.
Salam, Semua ahli kariah yang berpuasa sunat hari Assyura pada 10 Muharram dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di Surau Al-‘Izzah. Makanan secara potluck. Semoga program ini dapat mengimarahkan lagi surau kita serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita. Wassalam.