Category: Berita

Majlis Solat Hajat & Aidilfitri

Assalamualaikum, Tuan/puan ahli kariah Surau Al-‘Izzah yang dihormati, MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 1432H Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana kedua-dua Majlis Solat Hajat Perdana dan juga Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 23 Sep 2011 mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dan berlangsung dengan baik sekali. Kejayaaan kedua-dua program

Jangan Lupa Puasa 6 Syawal

Oleh: Dr Ahmad Hassan Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ramadhan. Ini kerana Rasul saw bersabda: “Sesungguhnya setiap amalan perlu aktif dan setiap keaktifan adakalanya berlaku saat kemerosotan. Justeru barangsiapa semasa saat kemerosotannya

Tadarus Helwa Al-'Izzah

3 Ogos  2011 – Helwa Al-‘Izzah berjaya mengumpul 5 kumpulan tadarus, di mana setiap kumpulan ada 2 mentor yang bertauliah dan berkelayakan untuk membimbing peserta tadarus. Setiap kumpulan diagihkan 6 juzuk al-Quran untuk ditamatkan sebelum 20 Ramadhan. Selepas itu akan diteruskan dengan terjemahan dan huraian oleh Ustazah Bahariah dgn Ustazah Nur Syazila. Foto boleh lihat

Tadarus Selepas Tarawih

2 Ogos 2011 – Salah satu program harian dalam Ihya’ Ramadhan ialah tadarus selepas solat tarawih. Bagi peserta lelaki, kumpulan tadarus dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Seperti biasa, peserta tadarus wanita lebih ramai daripada lelaki. Foto peserta tadarus lelaki boleh dilihat di sini.

Gotong Royong Khas 2

31 Julai 2011 – Alhamdulillah Gotong-royong Khas 2 (GRK2) sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak berjaya diadakan dengan kehadiran ahli kariah yang lebih ramai berbanding minggu lepas. Semua kerja berjaya diselesaikan dengan baik. Pihak Surau mengucapkan terimakasih dan jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang membantu menjayakan GRK2 hari ini. Semoga diberkati dan diredhai Allah dan kita semua

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa

Assalamualaikum wm wbt, Alhamdulillah Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa Hulu Langat daripada Surau Al-‘Izzah telah diadakan pada 14 Jun 2011 di pejabat sementara mereka di Pusat Latihan YADIM di Sungai Semungkis Hulu Langat. Anak-anak yatim juga ditempatkan di Pusat Latihan ini sehingga bangunan baru mereka siap. YDP Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Dr

Program Sepetang Bersama Atok Berjaya!

Assalamualaikum, Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, PSU Tn Hj Isa, Wakil Pemuda En Tauhid, Pn Hajjah Siti Hadejah dari Helwa (sumbangan Makanan), Pn Azlinda dari Jiran Wanita KRT (sumbangan makanan) dan tidak lupa buat semua AJK surau yang banyak menyokong program ini. Program ini dihadiri lebih

Sunathon di Surau Al-'Izzah

TAMAN SAMUDERA, 5 JUN 2011 – Program Sunathon (berkhitan beramai-ramai) anjuran bersama Biro Kebajikan Surau Al-‘Izzah dan IKRAM Daerah Batu yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 6 orang peserta di kalangan anak-anak ahli kariah dan juga dari kawasan yang berdekatan. Dua orang doktor aktivis IKRAM telah dijemput sebagai “Tok Mudim” iaitu

7 Peserta Sunathon Bakal Melakar Sejarah!

Assalamualaikum wm wbt, Tuan/puan ahli kariah yang dihormati, Selepas jamuan makan di rumah En Zainal Arif seusai solat isyak tadi, Biro Kebajikan yang diketuai oleh En Zabarani telah mengadakan mesyuarat ringkas sebagai persiapan terakhir program Sunathon pada 5 Jun 2011 (Ahad) nanti. Turut hadir Pengerusi dan SU Surau serta Pengerusi Helwa dan beberapa orang AJK