Category: Berita

GOTONG ROYONG PERDANA – GRP1

Terimakasih kepada semua ahli kariah dan KRT yang menjayakan GRP pada 11 Feb 2012. Kehadiran yang terbaik setakat ini. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2012. Semoga semua amal kita diredhai dan diberkati Allah SWT – SU Surau

Talk Show Maulidurrasul

Alhamdulillah, Program “Talk Show Maulidurrasul – Rasulullah SAW Menyintai dan Dicintai” pada 4 Feb 2012 mendapat sambutan yang baik daripada ahli kariah. Program selama hampir 2 jam ini menampilkan Ustaz Taufik, pensyarah UIAM yang juga merupakan personaliti program “Tanyalah Ustaz” TV9 dengan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad bin Ali, Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Biro Agama Surau

Bengkel Penulisan Kreatif bersama Wan Am dan Ummu Itqan

18 Dis 2011 – Program Bengkel Penulisan Kreatif bersama Wan Am dan Ummu Itqan di Surau Al-‘Izzah berjalan dengan jayanya. Seramai 22 orang peserta remaja berusia 12-18 tahun dan 2 orang peserta dewasa telah menyertai program ini. Salah seorang peserta dewasa ialah Cikgu Aziz, 65 tahun, bekas guru besar sebuah sekolah di PJ. Pihak penganjur

Sunathon Meriah!

4 Dis 2011 – Program Sunathon di Surau Al-‘Izzah yang dijadikan sebahagian daripada Sambutan Maal Hijrah surau disambut meriah. Majlis bermula dengan perarakan 15 peserta sunathon (dijulang) di kawasan taman. Selepas perasmian oleh pengerusi surau, semua peserta menerima cenderamata dan seterusnya dimandikan dengan semburan air oleh bomba. Selepas berkhatan yang dijalankan oleh Dr Munawar dan

sunathon@surau.alizzah

Assalamualaikum, InsyaAllah, sempena cuti persekolahan hujung tahun ini, Surau Al-‘Izzah di bawah Biro Kebajikan dan Biro Remaja dengan kerjasama IKRAM Daerah Batu akan menganjurkan program Sunathon (Berkhitan Beramai-ramai) pada 4 Disember 2011 di Surau Al-‘Izzah Taman Samudera. Penyertaan terhad kepada 15 orang sahaja. Maklumat lanjut program dan Borang Penyertaan sila klik di sini. Wassalam. Wan

Projek Menaiktaraf Surau Al-'Izzah

Assalamualaikum, Tuan/puan yang dihormati, Alhamdulillah, antara keputusan dalam mesyuarat JK Surau Al-‘Izzah Bil 8 Sesi 2010-2013 pada 10 Oktober 2011ialah meluluskan Plan Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah yang dibentangkan oleh Biro Pembangunan (lihat di sini). Anggaran kos keseluruhan ialah sebanyak RM200K. Kos sebenar mengikut fasa akan dibentangkan kemudian oleh Biro Pembangunan. InsyaAllah satu brochure mengenai projek menaiktaraf

Ibadah Korban di Surau Al-'Izzah

InsyaAllah pada tahun ini sekali lagi Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Solat Sunat Eidul Adha dan penyembelihan lembu Korban di Surau Al-‘Izzah. Pada tahun ini sasaran 6 ekor lembu korban. Penyertaan dibuka sehingga 15 Oktober 2011. Sehingga 2 Okt, jumlah penyertaan yang diterima sebanyak 9 bahagian. Masih ada lagi 33 bahagian. Pihak surau memohon kepada ahli

GR Surau 2 Oktober

Assalamualaikum, Tuan/Puan ahli kariah yang diberkati Allah SWT, Alhamdulillah, sambutan Program Gotong-royong di Surau Al-‘Izzah semalam (Ahad 2 Oktober 2011) mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun dengan masa notis yang pendek. Lebih kurang 30 orang yang hadir termasuk anak-anak yang juga turut sama membantu. Selepas selesai gotong-royong, keadaan di dalam dan luar surau nampak kemas dan

Majlis Meraikan Bakal Haji

Assalamualaikum, Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT, Alhamdulillah, Majlis Meraikan Bakal Haji di kalangan ahli kariah Surau Al-‘Izzah pada 29 September berjalan dengan baik. Seramai 7 orang daripada 9 orang yang diraikan hadir. Majlis dimulai dengan ceramah “Tips Haji Mabrur” oleh al-Fadhil Ustaz Shahrom Abu Hassan. Banyak panduan-panduan serta pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah dengan hadirin.