Kepada:
Yang Berbahagia,
Semua Ahli
Persatuan Khairat Kematian
Taman Samudra Mitra dan Delphina
Assalamualaikum wm wbt,
Tuan/puan dihormati,
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA (PKKTSMD) 2017
Semoga tuan/puan berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT.
2. Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan dengan segala hormat dijemput ke Mesyuarat Agung PKKTSMD 2016 seperti berikut:
Tarikh : 20 Januari 2017 (Jumaat)
Masa : 7:45 mlm – 11:00 mlm
Tempat : Surau Al-‘Izzah
Agenda :
- Ceramah Khas
- Solat Isyak dan Jamuan
- Ucapan Aluan YDP Sesi 2016/2017
- Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2016
- Laporan Tahunan 2016
- Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Dis 2016
- Pembubaran AJK Sesi 2016/2017
- Pemilihan dan Perlantikan AJK Sesi 2017/2018
- Pembentangan dan Perbahasan Usul
- Ucapan Penangguhan YDP 2017/2018
3. Bersama ini disertakan Laporan Tahunan 2016, Penyata Kewangan 2016 dan Minit Mesyuarat Agung 2016. Sila bawa dokumen-dokumen ini semasa menghadiri Mesyuarat Agung 2016 nanti. Kehadiran tuan/puan selaku ahli PKKTSMD amat penting dalam mesyuarat ini. Sebarang pertanyaan, hubungi setiausaha di talian 019-727 9790.
Segala kerjasama tuan/puan diucapkan jazakallahu khairan kathira.
Sekian, wassalam.
Yang diamanahkan,
Haji Mohamed Isa Ali
Setiausaha PKKTSMD