PENDAFTARAN AHLI KARIAH SURAU AL-'IZZAH & MASJID AR-RAHIMAH
Assalamualaikum,
Tuan/puan/sdra/sdri yang dihormati,
Pendaftaran Ahli Kariah Surau Al-‘Izzah dan Masjid Ar-Rahimah sedang dilaksanakan untuk tujuan Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai serta Pemilihan Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah Sesi 2016-2019 pada 29 September 2016 dan juga Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai serta Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Al-‘Izzah Sesi 2016-2019 pada tarikh yang akan dimaklumkan kemuadian. Syarat ahli karian adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas bagi lelaki dan perempuan
- Tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam kariah Surau Al-‘Izzah dan Masjid Ar-Rahimah
- Hendaklah berdaftar dengan Surau Al-‘Izzah dan Masjid Ar-Rahimah
- Berpegang dengan akodah Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Solat berjemaah di Surau Al-‘Izzah atau Masjid Ar-Rahimah
- Membayar zakat fitrah dalam kariah; atau
- Menunaikan solat hari raya; atau
- Solat Jumaat dalam kariah Masjid
- Ahli kariah Surau Al-‘Izzah juga secara tidak langsung adalah ahli kariah Masjid Ar-Rahimah Greenwood.
Sehubungan dengan itu, kami memohon tuan/puan/sdra/sdri yang memenuhi syarat di atas mengisi borang Pendaftaran Ahli Kariah yang disertakan atau secara online sebelum atau pada 25 Ogos 2016. Jika tuan/puan/sdra/sdri telah mendaftar sebelum ini, boleh juga mengisi semula untuk tujuan mengemaskini data.
Maklumat yang tuan/puan/sdra/sdri berikan adalah maklumat sulit yang akan dijaga dengan baik oleh pihak Surau Al-‘Izzah. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Setiausaha Surau Al-‘Izzah Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin di talian 012-320 3434 atau emel wmzukri@gmail.com.
Jazakallahu khairan kathira atas kerjasama tuan/puan.
Wassalam.
Setiausaha
Surau Al-‘Izzah
Lampiran: