Kempen Keceriaan & Keselamatan Surau Al-'Izzah
Assalamualaikum,
Terimakasih di atas sumbangan orang ramai yang telah membantu pihak surau menyiapkan Projek Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah Fasa 1 dan Fasa 2 dan Fasa 3 sebelum ini. Kos keseluruhan bagi ketiga-tiga fasa ini berjumlah RM365,368.00.
Alhamdulillah, sebagai penerusan pembangunan dan sebahagiannya dalam perancangan Fasa 3 Tambahan dan Fasa 4, Surau Al-‘Izzah melancarkan KEMPEN KECERIAAN DAN KESELAMATAN SURAU AL-‘IZZAH mulai 1 Jun 2015 hingga 30 September 2015. Antara objektif kempen ini ialah:
- Mencapai visi dan misi Surau Al-‘Izzah
- Melaksanakan keceriaan dan keselamatan surau secara terancang
- Memanfaatkan kelebihan bersedekah dalam bulan Ramadhan
- Mewujud suasana ceria secara fizikal dan juga dalam sikap dan budaya kerja
Tuan/puan boleh melihat maklumat mengenai keperluan surau dalam kempen ini seperti dalam borang sumbangan di mukasurat sebelah.
Sehubungan dengan itu, Surau Al-‘Izzah membuka peluang kepada ahli kariah dan para dermawan sama ada individu atau korporat membantu menjayakan kempen ini dengan menghulurkan sumbangan kepada item-item tertentu seperti yang dinyatakan dalam borang sumbangan atau sumbangan secara umum. Semoga Allah mengganjari sumbangan tuan/puan dengan sebaik-baik ganjaran. Terima kasih.