Kursus Pengurusan Jenazah

FotoKursusJenazah

Ahad, 10 Mei 2015 – Alhamdulillah Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina (PKKTSMD) dengan kerjasama Surau Al-‘Izzah dan KRT TSAF1 berjaya menarik penyertaan 170 peserta. Lebih 30% peserta adalah di kalangan generasi muda. Kursus separuh hari ini dikendalikan dengan baik sekali oleh Ustaz Mohd Nazar Ibrahim dari Masjid HKL. Pengalaman menguruskan jenazah hampir setiap hari banyak membantu penyampaian beliau. Beberapa maklumbalas positif diterima oleh penganjur daripada peserta belia selepas selesai kursus.

Hasil kursus dan perbincangan dengan ustaz Mohd Nazar, beberapa tindakan susulan akan dilaksanakan oleh PKKTSMD iaitu:

1. Menyiapkan SOP Pengurusan Jenazah
2. Melibatkan orang muda dalam pasukan pengurusan jenazah
3. Mengadakan kursus solat untuk orang sakit
4. Memantapkan lagi pasukan pengurusan jenazah dengan menyertai beberapa kursus pengurusan jenazah selepas ini.

Pihak penganjur mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Semoha Allah memberkati usaha ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *