Seminar Menangani Stres Dalam Rumah Tangga

BackdropSeminar2

Gombak, 4 Mei 2014 – Lebih 100 orang telah menghadiri Seminar Menangani Stres Dalam Rumah Tangga anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan KRT Taman Samudera A Fasa 1 di Experimental Hall UIAM Gombak. Seminar satu hari ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA Assoc Prof Dr Fatimah Abdullah. Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira dan beruntung dapat menghadiri seminar ini kerana mendapat input serta ilmu yang sangat bermanfaat daripada barisan pembentang dan panelis yang terkenal dan berkepakaran dalam bidang masing-masing iaitu Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pak Utih (Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar), Prof Madya Dr Nur Hidayah Hashim, Ustazah Zawiah Hassan dan Hj Mahdzir Md Isa.

Pada akhir seminar, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Selangor Tn Hj Abdul Halim Omar telah menyampai sijil penyertaan kepada para peserta seminar selepas memberi ucapan penutup. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang menjadi rakan kerjasama dalam penganjuran seminar ini iaitu Masjid SHAS, Pertubuhan IKRAM Daerah Batu, Irshad HR Consulting Sdn Bhd, Imedia Production, RNVSB, ACT Video Production dan GEMA. Slaid pembentang boleh dimuat turun di sini:

Foto-foto seminar boleh dilihat di FB Surau Al-‘Izzah www.facebook.com/surau.alizzah atau klik foto di bawah.

FB-SeminarStress

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *