Korban Eidul Adha di Surau Al-'Izzah
PENYERTAAN IBADAH KORBAN 1434H DI SURAU AL-‘IZZAH
Tidak sampai 2 bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiadha (15 Oktober). InsyaAllah pada tahun ini sekali lagi Surau Al-‘Izzah akan menganjurkan perlaksanaak ibadah korban di Surau Al-‘Izzah. Seperti pada tahun-tahun yang lepas (1431H – 1433H) sasaran penyertaan ialah 4-6 ekor lembu korban.
JK Surau Al-‘Izzah sekali lagi menjemput tuan/puan untuk mengambil bahagian dalam program ini sama ada sebagai peserta korban atau bersama-sama dalam gotong-royong sewaktu penyembelihan lembu korban pada hari raya pertama Eidul Adha nanti. Borang penyertaan sila klik di sini.
Syarat-syarat penyertaan ialah seperti berikut:
SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka semua ahli kariah surau Al-‘Izzah dan ahli keluarga.
2. Penyertaan dihadkan kepada 6 ekor lembu sahaja.
3. Satu bahagian lembu ialah RM450.
4. Tarikh tutup hantar borang penyertaan pada 21 Sep 2013
5. Bayaran hendaklah diserahkan kepada Bendahari Surau Al-‘Izzah (Hj Abd Rahman 016-3555 206) sebelum 30 Sep 2013.
6. Bayaran dengan Cek dibuat atas nama “SURAU AL-‘IZZAH” (Bank Islam Malaysia Berhad, No. Akaun 12225010001317).
Wassalam.
Abu Syamil
SU Surau