Majlis Hari Raya Aidilfitri

Tuan/puan yang dihormati,

ANUGERAH AKADEMIK CEMERLANG KRT TAMAN SAMUDRA A FASA 1 – 2013

Semoga tuan/puan dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

2.       Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 pada 24 Ogos 2013 (Sabtu) nanti, satu majlis penyampaian Anugerah Akademik Cemerlang akan diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan  UPSR, PMR dan SPM yang diduduki pada tahun 2012 dengan keputusan minimum seperti berikut:

Peperiksaan Keputusan Minimum
UPSR 5A
PMR 6A
SPM 5A

3.       Syarat-syarat penyertaan seperti dalam borang Permohonan Anugerah Akademik Cemerlang yang dilampirkan. Sila kembalikan borang ini kepada SU KRT Taman Samudera A Fasa 1, En Shamsuri Md Said (HP 019-2133005) atau PSU En Muhammad Tauhid Bin Salimin (HP 012-9201039) sebelum atau pada 20 Ogos 2012.

Kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

SELAMAT HARI RAYA MAAF DZAHIR BATIN

Sekian, Terima Kasih.

LT  KOL  MOHD YUSOFF  BIN SADRI
Pengerusi
KRT Taman Samudera A Fasa 1

Lampiran Borang Permohonan Anugerah Akademik, sila klik SINI.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *