Sambutan Israk Mikraj Surau Al-'Izzah

Assalamualaikum,

InsyaAllah Surau Al-‘Izzah akan mengadakan program Sambutan Israk Mikraj pada 8 Jun 2013 (Sabtu) yang akan diisi dengan 2 program utama iaitu:

  1. Kem Smart Solat jam 9:30 pagi – 4:00 petang yang akan dikendalikan oleh Ustaz Rizal Mokhter Al-Hafiz dan Sdra Shaiful Hady serta dibantu oleh fasilitator dari IKRAMTeens Daerah Batu. Program ini terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah. Yuran penyertaan RM10 sahaja. Sarapan dan makan tengahari disediakan. Peserta yang hadir penuh sehingga akhir akan diberi sijil penyertaan. Borang Penyertaan sila klik sini.
  2. Ceramah Khas Israk Mikraj selepas solat Isya’ yang akan disampaikan oleh Ustazah Zawiyah Hassan.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wassalam.

SU Surau Al-‘Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *