Mesyuarat Agung Khas Pencalonan AJK 2013-2016

Kepada:
Semua Ahli Kariah
Surau Al-‘Izzah (Masjid Ar-Rahimah)

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA SURAU AL-‘IZZAH SESI 1 JUN 2013 HINGGA 31 MEI 2016

Semoga tuan/puan berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT.

2.    Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Mesyuarat Agung Pencalonan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau bagi Sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 seperti berikut:

Tarikh :  17 Mac 2013 (Ahad)
Masa :  9:00 malam
Tempat :  Surau Al-‘Izzah

Semua ahli kariah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat ini.

3.    Senarai ahli kariah yang telah mendaftar dan Tatacara Pencalonan boleh rujuk di papan kenyataan surau, laman web Surau Al-‘Izzah www.surau-alizzah.com dan e-group Surau Al-‘Izzah. Ahli kariah yang belum berdaftar bolehlah mendaftar melalui borang Pendaftaran Ahli Kariah yang dilampirkan. Borang ini juga boleh dimuatturun di laman web Surau Al-‘Izzah. Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 16 Mac 2013. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi SU Surau Al-‘Izzah Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin di talian 012-320 3434.

Segala kerjasama tuan/puan diucapkan jazakallahu khairan kathira.
Sekian, wassalam.

Yang diamanahkan,

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin

Setiausaha

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *