January 31, 2013
PENYERTAAN KELAS TILAWAH AL-QURAN DEWASA
Assalamualaikum wm wbt,
Tuan/puan yang dihormati,
PENYERTAAN KELAS TILAWAH AL-QURAN DEWASA
Alhamdulillah, Surau Al-‘Izzah akan memulakan Kelas Tilawah Al-Quran Dewasa pada 7 Feb 2013. Maklumat kelas seperti di bawah
- Kelas terbuka kepada semua lelaki dan perempuan.
- Kelas diadakan di Surau Al-‘Izzah pada setiap hari Rabu dan Khamis, 9:00 – 10:00 malam.
- Kelas dibimbing oleh Ustaz Ramlee bin Abdullah.
- Yuran bulanan sebanyak RM40 bagi yang berkerja dan RM20 bagi yang tidak berkerja.
- Sijil akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kelas sehingga akhir.
- Bayaran yuran boleh dibuat sebelum kelas bermula atau pada kelas pertama kepada Pn Hjh Siti Hadejah 012-203 8410 atau Ustazah Bahariah 016-219 5516.
Borang penyertaan dan maklumat modul sila klik di sini.
Wassalam.
Abu Syamil