Malam Khas TSAF1

Malam Khas Taman Samudra A Fasa 1 (TSAF1) pertama kali diadakan pada tahun ini untuk meraikan beberapa perkara yang telah dicapai sepanjang tahun 2012 dan juga melancarkan beberapa projek dan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2013. Majlis ini adalah anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan KRT TSAF1.

Objektif program:

  1. Majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan ahli kariah; Menunaikan haji, anak-anak cemerlang dalam peperiksaan, mendirikan rumahtangga, melanjutkan pelajaran ke IPT dan lain-lain.
  2. Laporan bergambar pencapaian Surau Al-‘Izzah dan KRT pada tahun 2012.
  3. Melancarkan Taqwim 2013.
  4. Melancarkan Kit Penduduk TSAF1
  5. Melancarkan Tabung Pembangunan Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah Fasa 2 dan 3.
  6. Melancarkan SRS 2013 dan Pos Kawalan KRT

Semua penduduk TSAF1 dijemput hadir.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *