HK2012 TSAF1

Janda Baik, 25 Dis 2012 – Alhamdulillah, hampir 150 orang menyertai Hari Keluarga 2012 Taman Samudra A Fasa 1 anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan KRT TSAF1 di Teratak Tuk-Tuk Kg Sum-Sum Hilir Janda Baik. Satu penyertaan yang cukup memberangsangkan bagi program yang pertama kali diadakan dengan notis makluman yang singkat.

Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan melibatkan penyertaan semua peringkat umur, kanak-kanak, remaja, wanita dan orang dewasa.

Tahniah dan terimakasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus bagi menjayakan HK2012 ini. Juga kepada semua keluarga yang hadir memberi sokongan dan kerjasama yang baik serta mengambil bahagian dalam semua acara yang diadakan. Ribuan terimakasih juga diucapkan kepada tuan rumah, En Idris dan keluarga yang mengizinkan tempat beliau sebagai lokasi HK2012. Satu tempat yang cukup menarik dan amat sesuai untuk program seperti ini.

Dalam bergembira, peserta HK2012 juga tidak lupa mengingati perjuangan di Palestin sesuai dengan tema “Free Palestine” melalui beberapa acara yang diadakan.

Foto-foto boleh dilihat di sini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *