Latihan pertama Jom Silat

Sili klik di sini untuk melihat foto

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Pada hari Sabtu lepas kita telah menjayakan gotong-royong untuk persediaan tapak gelanggang silat. Alhamdullilah gelanggang silat telah tersedia dan misi gotong-royong berjaya, walaupun semasa itu hujan turun dengan lebat dan ianya rahmat kerana kerja mencuci kawasan tersebut dilakukan dengan lebih mudah.

Hari Ahad 14 Oktober 2012 pula latihan silat gayong pertama diadakan, ramai juga yang hadir termasuklah Pengerusi Surau Al-‘Izzh dan Pengerusi KRT juga hadir memberi sokongan moral kepada pesilat-pesilat muda ini. Seramai 23 orang anak-anak Samudra yang mengikuti latihan ini, 15 orang putera dan 8 orang puteri.

Pada hari Ahad ini akan diadakan sessi latihan silat gayong yang kedua dan ketatapan latihan adalah seperti berikut:

Hari       : Ahad 21 Oktober 2012
Masa     : 9.00 pagi – 11 pagi
Tempat : Kawasan berpagar berumput di Jalan SS10

Bagi mereka yang ingin menghatar anak-anak menyertai aktiviti silat gayung ini, pendaftaran masih terbuka untuk semua penduduk Taman Samudera A Fasa1 dan anak kariah Al-‘Izzah. Saya sertakan borang jom silat dan kebenaran penjaga untuk diisi dan diserahkan pada hari latihan nanti. Untuk muat turun borang sila klik di sini.

Salam hormat

Shamsuri Md Said
0192133005
SU KRT TSAF1

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Pada hari Sabtu lepas kita telah menjayakan gotong-royong untuk persediaan tapak gelanggang silat. Alhamdullilah gelanggang silat telah tersedia dan misi gotong-royong berjaya, walaupun semasa itu hujan turun dengan lebat dan ianya rahmat kerana kerja mencuci kawasan tersebut dilakukan dengan lebih mudah.
Hari Ahad pula latihan silat gayong pertama diadakan, ramai juga yang hadir termasuklah Pengerusi Surau Al-‘Izzh dan Pengerusi KRT juga hadir memberi sokongan moral kepada pesilat2 muda ini. Seramai 23 orang anak2 Samudra yang mengikuti latihan ini, 15 orang putera dan 8 orang puteri.
Pada hari Ahad ini akan diadakan sessi latihan silat gayong yang ke 2 dan ketatapan latihan adalah seperti berikut:
Hari      : Ahad 21 Oktober 2012
Masa    : 9.00 pagi – 11 pagi
Tempat : Kawasan berpagar berumput di Jalan SS10
Bagi mereka yang ingin menghatar anak2 menyertai aktiviti silat gayung ini, pendaftaran adalah masih terbuka untuk semua penduduk Taman Samudera A Fasa1 dan anak kariah Al-‘Izzah. Saya sertakan borang jom silat dan kebenaran penjaga untuk diisi dan diserahkan pada hari latihan nanti.
Salam hormat
Shamsuri Md Said
0192133005
SU KRT TSAF1

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *