Sunathon 2012

Borang Penyertaan boleh muat turun di sini.

“PROGRAM KHITAN BERAMAI-RAMAI”

PENGENALAN

  1. Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyariatkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut (mencukur) bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Mengikut Mazhab Syafie hukum berkhitan adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.
  2. Atas kesedaran kewajipan berkhitan khususnya kepada kanak-kanak lelaki, Surau Al-‘Izzah dengan kerjasama IKRAM Daerah Batu mengambil inisiatif menganjurkan Program Sunathon sebagai kemudahan kepada ahli kariah mematuhi perintah Allah ini.
  3. Semoga program ini dapat menghidupkan semula tradisi berkhitan (bersunat) secara beramai-ramai yang menjadi tradisi masyarakat Melayu di kampung-kampung dan seterusnya menyemai semangat kekeluargaan serta mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan masyarakat.

TEKNIK SMARTKLAMP

  1. Teknik Smartklamp merupakan satu teknik berkhitan moden menggunakan alat khas (pakai buang).
  2. Melalui teknik ini berkhitan dapat dilakukan dengan lebih cepat, mudah dan selamat tanpa jahitan. Pendarahan juga sedikit dan tempoh penyembuhan lebih cepat berbanding cara konvensional.

KONSULTAN

  1. Prof Madya Dr Roslan Harun (Doktor Pakar di PPUKM)
  2. Dr Fauzan Hj Omar (Konsultan Khas Smart Clamp)
  3. Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta (PPUKM)

ATURCARA

  • 07.30  pagi    Pendaftaran, Sarapan & Perarakan
  • 09.00  pagi    Pembukaan
      • Perasmian oleh Pengerusi Surau
      • Penerangan oleh Doktor
      • Semburan oleh Bomba
  • 09.45  pagi    Sesi Khitan Bermula
  • 12.30  pagi    Tamat Sesi Khitan
  • 01.00  tgh    Solat Zuhur dan Makan Tengahari
  • 02.00  ptg    Tamat Program

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *