Edaran Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua ahli kariah yang telah menjayakan Gotong-royong dan Ziarah dari rumah ke rumah pada 14 Julai yang lepas. Disertakan  softcopy bahan-bahan yang diedarkan semasa ziarah dari rumah ke rumah untuk perhatian bersama:

  1. Surat Pengerusi
  2. Kertaskerja Ihya Ramadhan 1433H
  3. Brosur Ihya Ramadhan 1433H ms 1
  4. Brosur Ihya Ramadhan 1433H ms 2
  5. Brosur Tabung Pembangunan ms 1
  6. Brosur Tabung Pembangunan ms 2
  7. Jadual Berbuka Puasa

Wassalam.

Abu Syamil
SU Surau

………………………………………………………………………………..
Surat dari Pengerusi Surau

Kepada:
Ahli Kariah Surau Al-’Izzah
Taman Samudera

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/puan yang dihormati,

PEMBANGUNAN DAN  PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1433H SURAU AL-‘IZZAH TAMAN SAMUDERA

Semoga tuan/puan berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT. Saya dan seluruh Jawatankuasa Surau Al-‘Izzah mengucap kesyukuran dan terima kasih di atas sokongan yang berterusan daripada tuan/puan terhadap pembangunan dan aktiviti Surau Al-‘Izzah. Berikut adalah beberapa perkembangan surau kita untuk makluman bersama:

Pembangunan

Alhamdulillah, Projek Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah  Fasa 1 telah siap sepenuhnya pada 6 Julai 2012 dengan kos sebanyak RM100,879.00 termasuk kerja-kerja Elektrik. Kerja-kerja pembesaran ruangan solat wanita dengan memecahkan dinding dapur lama juga telah siap. Semoga ianya dapat memberi keselesaan kepada jemaah untuk melakukan ibadah pada bulan Ramadhan nanti.

Kedudukan kutipan Tabung Pembangunan pada 30 Jun 2012 ialah RM114,716.00. Setelah ditolak kos Fasa 1 dan anggaran kerja-kerja pembesaran ruang solat wanita sebanyak RM5,000.00, baki yang tinggal ialah sebanyak RM8,837.00.

InsyaAllah kita akan meneruskan pembangunan Fasa 2 dan Fasa 3 dengan anggaran kos sebanyak RM180,000.00 selepas Hari Raya nanti bergantung kepada sumbangan yang diterima daripada orang-ramai. Bersama ini disertakan borang sumbangan untuk kita sama-sama menjayakan projek ini.

Program Ihya’ Ramadhan

Seperti pada tahun-tahun yang lepas, insyaAllah pada tahun ini sekali lagi surau kita akan mengadakan program Ihya’ Ramadhan. Selain daripada program harian seperti berbuka, solat terawih, moreh dan tadarus, program-program khas juga akan diadakan seperti dalam brochure yang dilampirkan. Sama-samalah kita menghidupkan Ramadhan dengan ibadah di surau kita.

Perlantikan Amil Fitrah

Alhamdulillah pada tahun ini JAIS telah melantik Tn Hj Mohamed Isa bin Ali (019-7279790) di alamat 53, Jalan Samudera Selatan 10 sebagai Amil Fitrah yang layak membuat kutipan zakat fitrah. Sama-sama kita membayar zakat fitrah diri dan keluarga melalui Amil Fitrah kita.

Segala sumbangan dan kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Yang diamanahkan,

Haji Desa bin Ali
Pengerusi

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *