Harta Pusaka – Barakah atau Fitnah?

Assalamualaikum,

Tuan/puan ahli kariah Surau Al-‘Izzah dan ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina yang dihormati,

InsyaAllah pada 24 Jun 2012 (Ahad), selepas solat Maghrib, PKKTSMD akan mengadakan Majlis Ramah Mesra Khairat Kematian bersama-sama dengan ahli Kariah Surau dan juga Ahli PKKTSMD. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai perkembangan terkini Khairat Kematian dan juga menggalakkan penambahan ahli baru di kalangan penduduk Taman Samudera Mitra dan Delphina.

Sempena majlis ini, akan diadakan Ceramah Khas “Harta Pusaka – Barakah atau Fitnah?” yang akan disampaikan oleh YBhg En Ariffin Sabirin (penasihat Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd) yang berpengalaman 13 tahun dalam bidang perancangan dan pengurusan harta pusaka menurut syariah. Boleh lihat blog beliau di http://www.wasiyyahshoppe.com.my/ariffin/

Maklumat ceramah adalah seperti dalam banner di bawah.

Aturcara lengkap majlis ini ialah seperti berikut:

07:27 :  Masuk Waktu Maghrib & Solat Maghrib
07:50 :  Pembukaan Majlis
07:55 :  Taklimat Khairat Kematian oleh YDP PKKTSMD
08
:10 :  Ceramah Khas “HARTA PUSAKA – BARAKAH ATAU FITNAH?”
09:00 :  Soal Jawab
09:15 :  Solat Isya’
09:30 :  Jamuan

Kaunter Khairat Kematian akan dibuka sepanjang majlis ini untuk memudahkan pendaftaran ahli baru dan juga pembayaran yuran ahli.

Sama-sama kita jayakan majlis ini.

Wassalam.

Wan Mohd Zukri

YDP PKKTSMD

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *