Kempen Penambahan Keahlian Baru PKKTSMD 2012

KEMPEN PENAMBAHAN AHLI BARU 2012 – SASARAN 75% PENDUDUK MENJADI AHLI

Semoga tuan/puan berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT.

Bagi pihak Jawatankuasa PKKTSMD, saya mengucapkan terimakasih di atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan oleh tuan/puan kepada PKKTSMD.

Kempen Keahlian Baru 2012

Dalam Mesyuarat Pertama JK PKKTSMD, dipersetujui 2 bidang fokus utama persatuan tahun ini ialah mencapai sasaran keahlian 75% daripada jumlah penduduk Islam dan perlaksanaan SOP 100%. Sehubungan dengan itu, satu Kempen Keahlian Baru 2012 diadakan mulai 1 Mei hingga 31 Julai 2012. Dalam tempoh kempen ini, permohonan ahli baru DIKECUALIKAN daripada membayar Yuran Masuk sebanyak RM10. Ahli juga diminta membantu mendapat ahli baru di kalangan jiran terdekat. Program-program lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Serahan Borang Keahlian dan Bayaran Yuran Melalui Wakil-wakil Jalan

Bagi memudahkan urusan penyerahan Borang Keahlian dan Borang Kemaskini Keahlian serta pembayaran yuran bulanan, JK PKKTSMD telah memberi mandat kepada Wakil-wakil Jalan untuk menerima borang dan juga yuran bulanan ahli.

Pembayaran Yuran Secara Online Melalui CIMB Islamic Bank

Mulai 1 Mei 2012, ahli boleh membuat pembayaran yuran secara online melalui akaun CIMB Islamic no. akaun 1219 0001489 106 atas nama Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina. Sila emelkan bukti dan tujuan pembayaran kepada wmzukri@readnetwork.com selepas bayaran dibuat.

Segala kerjasama tuan/puan diucapkan jazakallahu khairan kathira. Wassalam.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin

Yang Dipertua PKKTSMD

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *