Jemputan Menjadi Ahli Khairat Kematian
Assalamualaikum,
Khusus kepada ahli kariah yang belum menjadi ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra & Delphina (PKKTSMD),
PKKTSMD dengan sukacita ingin menjemput tuan/puan menjadi ahli persatuan ini. Maklumat-maklumat asas persatuan seperti dalam poskad di bawah. Borang keahlian sila klik di sini atau tuan/puan juga boleh memohon secara online di http://pkktsmd.surau-alizzah.com/v1/keahlian/.
Kami sedang melakukan kempen penambahan keahlian mulai 1 Mei hingga 31 Julai 2012. Dalam tempoh kempen ini, semua permohonan baru (yang memenuhi syarat) akan DIKECUALIKAN daripada membayar Wang Masuk sebanyak RM10.
Tuan/puan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai PKKTSMD di http://pkktsmd.surau-alizzah.com/v1/