Gotong-Royong 29 April

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Gotong-Royong Surau Al-‘Izzah pada 29 April 2012 berjalan dengan lancar. Semua kerja yang dirancangkan berjaya dilaksanakan. Antara kerja utama yang dilakukan ialah pemindahan khemah sementara di sisi kiri surau ke sebelah ruang solat wanita agar tidak mengganggu projek menaiktaraf surau yang sedang berjalan sekarang. Ketika kerja pemindahan sedang dilakukan, seekor anak ular sawa batik telah ditemui di bawah salah satu platform di bawah khemah sementara tersebut. Alhamdulillah, pengerusi KRT Lt Kol Mohd Yusoff yang ada kepakaran menangkap ular dengan bantuan beberapa orang ahli kariah berjaya menangkap ular ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga Allah memberkati dan meredhai amal kita semua.

Wassalam.

Abu Syamil
SU Surau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *