Perkembangan Projek Menaiktaraf & Sijil Waqaf

Assalamualaikum,

Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT,

Perkembangan Projek Pembangunan Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah

Selepas sesi briefing dengan 3 kontraktor yang berminat dan mereka diberi tempoh selama 2 minggu untuk mengemukakan sebutharga, hanya satu kontraktor sahaja yang menghantar sebutharga sebelum tarikh tutup pada 14 Februari yang lepas. Mesyuarat JK Pembangunan dan Tabung pada 1 Mac telah bersetuju untuk melantik kontraktor ini iaitu HIJRAH ENTERPRISE dan tarikh penyerahan tapak pada 15 Mac 2012. Mesyuarat juga telah melantik Pengerusi JK Tabung Pembangunan Surau Al-‘Izzah Tn Hj Suhairy Sayuti sendiri sebagai Pengarah Projek dan Timb Pengerusi JK Pembangunan En Md Rahim Kawangit sebagai Wakil Pengarah Projek. Sehubungan dengan itu, pihak kontraktor hanya dibenarkan menerima arahan berkaitan projek daripada Pengarah Projek atau wakilnya sahaja. Doakan agar semuanya berjalan lancar.

Sijil Waqaf

Sijil-sijil Waqaf bernilai RM10, RM50 dan RM100 telah disiapkan oleh JK Pembangunan dan Tabung Surau Al-‘Izzah sebagai salah satu usaha untuk mendapat dana bagi projek ini. Tuan/puan amat digalakkan untuk membantu menjual sijil-sijil waqaf ini kepada kenalan dan juga di pejabat masing-masing. Sijil-sijil ini boleh didapati melalui Bendahari Tabung Pembangunan iaitu En Zulkefli Yaakob (HP 013-601 2353).

Semoga usaha kita diberkati dan diredhai Allah SWT.

Wassalam.

Wan Mohd Zukri C M Zin
SU Surau Al-‘Izzah
SU Tabung Pembangunan Surau Al-‘Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *