Bank Pembangunan Serah RM30K

14 Feb 2012 – Majlis serahan sumbangan sebanyak RM30K daripada Bank Pembangunan untuk Tabung Pembangunan Surau Al-‘Izzah berjalan lancar. Serahan dibuat oleh En Mohamad Zaihan Mohamed Ariffin, Penolong Timbalan Presiden Komunikasi Korporat Kumpulan, Bank Pembangunan dan diterima oleh Tn Hj Desa Ali, Pengerusi Surau Al-‘Izzah. En Mohamad Zaihan diringi oleh 2 orang pegawai Bank Pembangunan. Turut hadir Penasihat Surau, SU Surau, Tim Pengerusi JK Pembangunan, Ketua Biro Kebajikan, Penegrusi KRT dan beberapa orang AJK serta ahli kariah. Selepas solat zuhur, semua yang hadir menikmati jamuan yang disediakan oleh Biro Kebajikan dan Helwa Surau Al-‘Izzah. Terimakasih kepada pihak Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *