AHLI KHAIRAT 31 JAN 2012

Assalamualaikum,

Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT,

SENARAI AHLI PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDERA MITRA & DELPHINA KEMASKINI 31 JAN 2012

Alhamdulillah, senarai terkini ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Samudera Mitra dan Delphina (PKKTSMD) yang dikemaskini pada 31 Januari 2012 berserta status bayaran yuran telah dipamirkan di papan kenyataan PKKTSMD di Surau Al-’Izzah. Senarai ini juga boleh dilihat di portal PKKTSMD, sila klik di sini.

Senarai ini dikemaskini dengan mengeluarkan nama-nama ahli yang berstatus seperti berikut:

  1. Tidak mengemaskini data keahlian dan tidak membuat sebarang bayaran (setelah 3 kali surat dihantar)
  2. Meninggal dunia
  3. Berpindah (Fasal 4 mengenai kehlian dalam perlembagaan)

Untuk makluman, surat-surat yang telah dihantar oleh PKKTSMD kepada semua rumah ahli kariah Surau Al-’Izzah sejak 7 Mac 2011 adalah seperti berikut:

  1. Surat pertama pada 7 Mac 2011
  2. Surat kedua pada 27 Mac 2011
  3. Surat ketiga pada 10 April 2011
  4. Surat keempat pada 21 Mei 2011 – (Takaful Berkelompok)
  5. Surat kelima pada 7 Jan 2012

Bagi yang masih ada tunggakan tahun 2011, sila jelaskan segera. Begitu juga yuran bulanan bagi tahun 2012 yang boleh dibayar bagi tempoh 3 bulan, 6 bulan atau setahun (lihat Fasal 6(i) Undang-undang PKKTSMD). Tunggakan lama (mulai 1995 hingga Feb 2011) seperti makluman dalam surat sebelum ini, iaitu boleh dikontra dengan tututan yang berhak dituntut oleh ahli dalam tempoh tunggakan berkenaan.

Sekiranya ada pertanyaan atau kesilapan maklumat pada data pembayaran, boleh berhubung dengan AJK PKKTSMD seperti berikut:

  1. YDP : Wan Mohd Zukri Che Mat Zin – 012-320 3434
  2. Setiausaha : Hj Mohamed Isa Ali – 019-727 9790
  3. Bendahari : Hj Abd Rahman Abdullah – 016-355 5206

Kepada tuan/puan yang belum menjadi ahli dan berminat untuk menjadi ahli, borang keahlian boleh klik di sini.

Bagi pihak PKKTSMD, saya mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang telah memberi kerjasama menggerakkan PKKTSMD sejak diaktifkan semula hampir setahun yang lepas (Mesyuarat Agung lepas pada 11 Feb 2011).

Semoga segala usaha kita diberkati dan diredhai Allah SWT.

Sekian, wassalam.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
YDP PKKTSMD

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *