Talk Show Maulidurrasul

Alhamdulillah, Program “Talk Show Maulidurrasul – Rasulullah SAW Menyintai dan Dicintai” pada 4 Feb 2012 mendapat sambutan yang baik daripada ahli kariah. Program selama hampir 2 jam ini menampilkan Ustaz Taufik, pensyarah UIAM yang juga merupakan personaliti program “Tanyalah Ustaz” TV9 dengan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad bin Ali, Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Biro Agama Surau Al-‘Izzah. Talk Show ini diselang-seli dengan 3 tayangan video yang menarik.

Pada akhir sesi, Ustaz Taufik merumuskan kegigihan Rasulullah SAW membawa risalah Islam dengan satu analogi iaitu umpama lumba lari berganti-ganti. Rasulullah SAW telah membawa baton (Islam) dengan memecut sekuat hati dan menyerahkan baton tersebut kepada para sahabat yang juga menyambung pecutan Rasulullah SAW sekuat hati, baton ini telah diserahkan kepada beberapa zaman sehinggalah sampai ke zaman kini, apakah perasaan Rasulullah SAW jika melihat kita menyambut baton tersebut dengan larian sambi lewa sahaja?

Pada malam tersebut juga tabung pembangunan Surau Al-‘Izzah menerima sumbangan sebanyak RM2,133.00. Terimakasih kepada semua penyumbang.

Antara video yang ditayangkan ialah lagu “Lau kaana bainana”.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *