Month: February 2012

Ceramah Fiqh Wanita Bersiri

Ceramah Fiqh Wanita bersiri pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan akan bermula pada 3 Mac 2012 ini di Surau Al-‘Izzah. Ceramah anjuran Helwa ini akan disampaikan oleh Ustazah Zaimah bt Yaha dari Pusat Pendidikan Al-Amin. Semua ahli kariah wanita dijemput hadir.

Bank Pembangunan Serah RM30K

14 Feb 2012 – Majlis serahan sumbangan sebanyak RM30K daripada Bank Pembangunan untuk Tabung Pembangunan Surau Al-‘Izzah berjalan lancar. Serahan dibuat oleh En Mohamad Zaihan Mohamed Ariffin, Penolong Timbalan Presiden Komunikasi Korporat Kumpulan, Bank Pembangunan dan diterima oleh Tn Hj Desa Ali, Pengerusi Surau Al-‘Izzah. En Mohamad Zaihan diringi oleh 2 orang pegawai Bank Pembangunan.

GOTONG ROYONG PERDANA – GRP1

Terimakasih kepada semua ahli kariah dan KRT yang menjayakan GRP pada 11 Feb 2012. Kehadiran yang terbaik setakat ini. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2012. Semoga semua amal kita diredhai dan diberkati Allah SWT – SU Surau

AHLI KHAIRAT 31 JAN 2012

Assalamualaikum, Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT, SENARAI AHLI PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN TAMAN SAMUDERA MITRA & DELPHINA KEMASKINI 31 JAN 2012 Alhamdulillah, senarai terkini ahli Persatuan Khairat Kematian Taman Samudera Mitra dan Delphina (PKKTSMD) yang dikemaskini pada 31 Januari 2012 berserta status bayaran yuran telah dipamirkan di papan kenyataan PKKTSMD di Surau Al-’Izzah. Senarai ini juga

Talk Show Maulidurrasul

Alhamdulillah, Program “Talk Show Maulidurrasul – Rasulullah SAW Menyintai dan Dicintai” pada 4 Feb 2012 mendapat sambutan yang baik daripada ahli kariah. Program selama hampir 2 jam ini menampilkan Ustaz Taufik, pensyarah UIAM yang juga merupakan personaliti program “Tanyalah Ustaz” TV9 dengan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad bin Ali, Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Biro Agama Surau