Sunathon Meriah!

4 Dis 2011 – Program Sunathon di Surau Al-‘Izzah yang dijadikan sebahagian daripada Sambutan Maal Hijrah surau disambut meriah. Majlis bermula dengan perarakan 15 peserta sunathon (dijulang) di kawasan taman. Selepas perasmian oleh pengerusi surau, semua peserta menerima cenderamata dan seterusnya dimandikan dengan semburan air oleh bomba. Selepas berkhatan yang dijalankan oleh Dr Munawar dan 5 orang pembantu dari PPUKM, peserta mendapat sijil berkhatan yang disediakan oleh pihak surau. Pigak surau mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini yang dianjur bersama oleh Biro Kebajikan dan Biro Remaja Surau Al-‘Izzah dan IKRAM Daerah Batu.

Foto boleh dilihat di sini FB Surau Al-‘Izzah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *