Projek Menaiktaraf Surau Al-'Izzah

Assalamualaikum,

Tuan/puan yang dihormati,

Alhamdulillah, antara keputusan dalam mesyuarat JK Surau Al-‘Izzah Bil 8 Sesi 2010-2013 pada 10 Oktober 2011ialah meluluskan Plan Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah yang dibentangkan oleh Biro Pembangunan (lihat di sini). Anggaran kos keseluruhan ialah sebanyak RM200K. Kos sebenar mengikut fasa akan dibentangkan kemudian oleh Biro Pembangunan. InsyaAllah satu brochure mengenai projek menaiktaraf ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan akan dilancarkan selepas Solat Sunat Hari Raya EidulAdha pada 6 Nov nanti. Fasa 1 pembinaan akan bermula pada 1 Januari 2012.

Sama-samalah berdoa agar projek ini dapat berjalan dengan baik dan seterusnya dapat memberi keselesaan kepada jemaah untuk melakukan ibadah serta aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Surau Al-‘Izzah. Pihak surau juga menyeru kepada tuan/puan semua untuk sama-sama membantu mencari dana bagi membiayai projek ini selepas brochure dikeluarkan nanti.

Maklumat-maklumat lain akan dikemaskini dalam net ini dari semasa ke semasa.

Wassalam.

Wan Mohd Zukri

SU Surau Al-‘Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *