Majlis Solat Hajat & Aidilfitri

Assalamualaikum,

Tuan/puan ahli kariah Surau Al-‘Izzah yang dihormati,

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana kedua-dua Majlis Solat Hajat Perdana dan juga Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 23 Sep 2011 mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dan berlangsung dengan baik sekali. Kejayaaan kedua-dua program ini adalah hasil dari kesepakatan, kerjasama dan saling bantu-membantu antara ahli kariah. Perancangan yang baik dan tersusun juga turut memainkan peranan dalam perlaksanaan program ini.

Bagi pihak penganjur, kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua ahli kariah yang telah telibat dengan bersungguh-sungguh dari awal hingga akhir bagi menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan idea, tenaga, kewangan, makanan dan barangan yang tuan/puan berikan diberkati dan dibalaskan oleh Allah dengan ganjaran yang belipat kali ganda. Kehadiran penduduk terutamanya ke Majlis HR diluar jangkaan, melebihi jumlah 250 orang yang disasarkan oleh pihak penganjur. Dianggarkan kehadiran sebenar mencecah 600 orang.

Pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada para tetamu yang hadir termasuklah penceramah kuliah mingguan di surau, penceramah khas, pengendali program Remaja, Pn Hjh Khatifah dan suami, OCPD OCPD Gombak ACP Abdul Rahim dan pegawai-pegawai yang mengiringi beliau, pegawai Perpaduan Gombak dan pegawai-pegawai pengiring, wakil-wakil surau berdekatan, wakil-wakil KRT dan JKP berdekatan dan lain-lain lagi.

Pihak penganjur memohon maaf di atas segala kelemahan yang berlaku sepanjang kedua-dua majlis ini berlangsung. Kita berdoa semoga majlis ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT. Kita juga memohon keampunan dari Allah SWT di atas segala kesalahan yang berlaku sepanjang program ini.

Foto program ini boleh dilihat di sini atau klik foto di bawah.


Wassalam.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
SU Surau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *