Majlis Meraikan Bakal Haji

Assalamualaikum,

Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT,

Alhamdulillah, Majlis Meraikan Bakal Haji di kalangan ahli kariah Surau Al-‘Izzah pada 29 September berjalan dengan baik. Seramai 7 orang daripada 9 orang yang diraikan hadir. Majlis dimulai dengan ceramah “Tips Haji Mabrur” oleh al-Fadhil Ustaz Shahrom Abu Hassan. Banyak panduan-panduan serta pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah dengan hadirin. Solat Hajat selepas solat Isyak dipimpin oleh Ustaz Shahrom sebelum Pengerusi Surau menyampaikan beberapa amanat berguna kepada bakal Tetamu Allah. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati, ucapan beberapa orang bakal haji dan jamuan. Semoga Majlis diberkati dan diredhai Allah SWT.

Tarikh-tarikh penerbangan bakal haji ahli kariah surau kita seperti berikut:

1. En Zainol bin Md Noor (258, ST8) – Berangkat pada 2 Okt
2. Pn Ton Amani bt Wan Musa (isteri En Zainol)

3. En Anwar bin Badar (126, SS8) – Berangkat pada 12 Okt
4. Pn Jamilah bt Baharum (isteri En Anwar)
5. Pn Che Puteh bt Muhammad (ibu En Anwar)

6. En Zabarani bin Hashim (62, SS9) – Berangkat pada 12 Okt
7. Pn Azizon bt Abd Rahman (isteri En Zabarani)

8. En Ahmad Zaiem bin Ismail (12, SS) – Berangkat pada 28 Okt
9. Wan Norhana bt Wan Ab Rahman (isteri En Ahmad Zaiem)

Foto boleh dilihat di sini atau klik foto di bawah.


Wassalam.

Abu Syamil
SU Surau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *