Ibadah Korban di Surau Al-'Izzah

InsyaAllah pada tahun ini sekali lagi Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Solat Sunat Eidul Adha dan penyembelihan lembu Korban di Surau Al-‘Izzah. Pada tahun ini sasaran 6 ekor lembu korban. Penyertaan dibuka sehingga 15 Oktober 2011. Sehingga 2 Okt, jumlah penyertaan yang diterima sebanyak 9 bahagian. Masih ada lagi 33 bahagian. Pihak surau memohon kepada ahli kariah yang berhajat untuk mengambil bahagian melaksanakan ibadah korban di Surau Al-‘Izzah agar memaklumkan nama seawal mungkin supaya lembu boleh ditempah lebih awal. harga lembu dijangka meningkat apabila tempahan dibuat pada saat-saat akhir.

Borang penyertaan telah dihantar ke rumah-rumah ahli kariah Taman Samudera A Fasa 1 hari Ahad lepas. Borang penyertaan boleh juga dimuatturun di sini.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka semua ahli kariah surau Al-‘Izzah dan ahli keluarga.
  2. Penyertaan dihadkan kepada 6 ekor lembu sahaja.
  3. Satu bahagian lembu ialah RM400.
  4. Tarikh tutup hantar borang penyertaan pada 15 OKT 2011.
  5. Bayaran hendaklah diserahkan kepada Surau Al-‘Izzah sebelum  31 OKT 2011.
  6. Bayaran dengan Cek dibuat atas nama “SURAU AL-‘IZZAH” (Bank Islam Malaysia Berhad, No. Akaun 12225010001317).

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pengarah program En Abd Hadi 012-392 3858. Pembayaran boleh dibuat kepada En Yusri 013-303 9819

Wassalam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *