October 3, 2011
GR Surau 2 Oktober
Assalamualaikum,
Tuan/Puan ahli kariah yang diberkati Allah SWT,
Alhamdulillah, sambutan Program Gotong-royong di Surau Al-‘Izzah semalam (Ahad 2 Oktober 2011) mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun dengan masa notis yang pendek. Lebih kurang 30 orang yang hadir termasuk anak-anak yang juga turut sama membantu. Selepas selesai gotong-royong, keadaan di dalam dan luar surau nampak kemas dan bersih. Pihak surau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Sama-samalah kita menjaga kekemasan dan kebersihan surau kita selepas ini.
Foto boleh dilihat di sini atau klik foto di bawah.
Wassalam.
Abu Syamil
SU Surau