Month: October 2011

Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand

Sasaran RM20K Sebelum Eidul Adha! Banjir yang melanda negara Thailand semakin meruncing. Sepertiga bahagian negara Thailand terus digenangi air dan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung dari 26 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda sejak 25 Julai yang lepas. Jumlah kematian meningkat ke 373 orang (data pada 26 Oktober

JK Tabung Pembinaan Surau Al-'Izzah

Penasihat Hj Abdul Ghani Shmasudin Hj Desa Ali Pengerusi Hj Suhairy Sayuti Timbalan Pengerusi En Mohd Rahim Kawangit Setiausaha En Wan Mohd Zukri Che Mat Zin Bendahari En Mohd Zulkefli Yaakob AJK: Hj Mohd Adam Shamsuddin En Zaidin Salehan Hj Jaafar Mohamad En Azmi Nuar En M Azman Sa’ari En Mohamad Sirat Ngosman Hj Mohd

sunathon@surau.alizzah

Assalamualaikum, InsyaAllah, sempena cuti persekolahan hujung tahun ini, Surau Al-‘Izzah di bawah Biro Kebajikan dan Biro Remaja dengan kerjasama IKRAM Daerah Batu akan menganjurkan program Sunathon (Berkhitan Beramai-ramai) pada 4 Disember 2011 di Surau Al-‘Izzah Taman Samudera. Penyertaan terhad kepada 15 orang sahaja. Maklumat lanjut program dan Borang Penyertaan sila klik di sini. Wassalam. Wan

Projek Menaiktaraf Surau Al-'Izzah

Assalamualaikum, Tuan/puan yang dihormati, Alhamdulillah, antara keputusan dalam mesyuarat JK Surau Al-‘Izzah Bil 8 Sesi 2010-2013 pada 10 Oktober 2011ialah meluluskan Plan Menaiktaraf Surau Al-‘Izzah yang dibentangkan oleh Biro Pembangunan (lihat di sini). Anggaran kos keseluruhan ialah sebanyak RM200K. Kos sebenar mengikut fasa akan dibentangkan kemudian oleh Biro Pembangunan. InsyaAllah satu brochure mengenai projek menaiktaraf

Ibadah Korban di Surau Al-'Izzah

InsyaAllah pada tahun ini sekali lagi Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Solat Sunat Eidul Adha dan penyembelihan lembu Korban di Surau Al-‘Izzah. Pada tahun ini sasaran 6 ekor lembu korban. Penyertaan dibuka sehingga 15 Oktober 2011. Sehingga 2 Okt, jumlah penyertaan yang diterima sebanyak 9 bahagian. Masih ada lagi 33 bahagian. Pihak surau memohon kepada ahli

GR Surau 2 Oktober

Assalamualaikum, Tuan/Puan ahli kariah yang diberkati Allah SWT, Alhamdulillah, sambutan Program Gotong-royong di Surau Al-‘Izzah semalam (Ahad 2 Oktober 2011) mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun dengan masa notis yang pendek. Lebih kurang 30 orang yang hadir termasuk anak-anak yang juga turut sama membantu. Selepas selesai gotong-royong, keadaan di dalam dan luar surau nampak kemas dan

Majlis Meraikan Bakal Haji

Assalamualaikum, Tuan/Puan yang dirahmati Allah SWT, Alhamdulillah, Majlis Meraikan Bakal Haji di kalangan ahli kariah Surau Al-‘Izzah pada 29 September berjalan dengan baik. Seramai 7 orang daripada 9 orang yang diraikan hadir. Majlis dimulai dengan ceramah “Tips Haji Mabrur” oleh al-Fadhil Ustaz Shahrom Abu Hassan. Banyak panduan-panduan serta pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah dengan hadirin.

Majlis Solat Hajat & Aidilfitri

Assalamualaikum, Tuan/puan ahli kariah Surau Al-‘Izzah yang dihormati, MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA & MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 1432H Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana kedua-dua Majlis Solat Hajat Perdana dan juga Majlis Hari Raya Aidilfitri pada 23 Sep 2011 mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dan berlangsung dengan baik sekali. Kejayaaan kedua-dua program