September 12, 2011
Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR!
11 September 2011 – Alhamdulillah, Solat Hajat Khas untuk pelajar UPSR diadakan dengan jaya selepas solat Maghrib dipimpin oleh Ustaz Muhammad bin Ali. Seluruh Ahli Jawatankuasa Surau Al-‘Izzah mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR kepada semua anak ahli kariah Surau Al-‘Izzah. Semoga Allah SWT dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya memberi keberkatan, ketenangan, ilham dan kejayaan kepada anak-anak kita.