Gotong Royong Khas 2

31 Julai 2011 – Alhamdulillah Gotong-royong Khas 2 (GRK2) sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak berjaya diadakan dengan kehadiran ahli kariah yang lebih ramai berbanding minggu lepas. Semua kerja berjaya diselesaikan dengan baik. Pihak Surau mengucapkan terimakasih dan jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang membantu menjayakan GRK2 hari ini. Semoga diberkati dan diredhai Allah dan kita semua dapat menunaikan ibadah di surau kita sepanjang Ramadhan ini dengan lebih selesa. Foto GRK2 boleh dilihat di FB Surau Al-‘Izzah, klik sini.

Salam Ramadhan Kareem!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *