Month: August 2011

Koleksi Foto Ihya Ramadhan

Salam, Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT, Saya sertakan link koleksi Foto berkaitan Ihya Ramadhan Surau Al-‘Izzah untuk tatapan bersama. Gotong Royong Khas 2 Gotong Royong Khas 1 Tadarus Muslimin Tadarus Muslimat Iftar Khas Sabtu 6 Ogos Mesyuarat Pelancaran SRS Iftar Khas Ahad 7 Ogos Iftar Perdana Album 1a Iftar Perdana Album 1 Iftar Perdana Album

Tadarus Helwa Al-'Izzah

3 OgosĀ  2011 – Helwa Al-‘Izzah berjaya mengumpul 5 kumpulan tadarus, di mana setiap kumpulan ada 2 mentor yang bertauliah dan berkelayakan untuk membimbing peserta tadarus. Setiap kumpulan diagihkan 6 juzuk al-Quran untuk ditamatkan sebelum 20 Ramadhan. Selepas itu akan diteruskan dengan terjemahan dan huraian oleh Ustazah Bahariah dgn Ustazah Nur Syazila. Foto boleh lihat

Tadarus Selepas Tarawih

2 Ogos 2011 – Salah satu program harian dalam Ihya’ Ramadhan ialah tadarus selepas solat tarawih. Bagi peserta lelaki, kumpulan tadarus dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. Seperti biasa, peserta tadarus wanita lebih ramai daripada lelaki. Foto peserta tadarus lelaki boleh dilihat di sini.

Gotong Royong Khas 2

31 Julai 2011 – Alhamdulillah Gotong-royong Khas 2 (GRK2) sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak berjaya diadakan dengan kehadiran ahli kariah yang lebih ramai berbanding minggu lepas. Semua kerja berjaya diselesaikan dengan baik. Pihak Surau mengucapkan terimakasih dan jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang membantu menjayakan GRK2 hari ini. Semoga diberkati dan diredhai Allah dan kita semua