Majlis Perasmian Ihya' Ramadhan dan Ceramah Menangani Stress

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/puan yang dihormati,

Alhamdulillah, hari ini kita telah memasuki hari ke-4 bulan Syaaban. Ramadhan yang kita semua rindui makin dekat menghampiri kita. Doakan kita dipanjangkan umur oleh Allah SWT agar dapat bersama lagi dalam Ramadhan tahun ini. Seperti juga pada tahun lepas, Ramadhan tahun ini akan disambut dengan pelbagai aktiviti yang disusun oleh pihak surau dalam program yang komprehensif iaitu “Ihya’ Ramadhan Surau Al-‘Izzah 1432H”. Tunggu brosur program yang akan diedar kepada semua ahli kariah.

Minggu depan, alhamdulillah surau kita akan mengadakan 2 program besar iaitu; Majlis Perasmian dan Pelancaran Ihya’ Ramadhan 1432H yang terkandung juga di dalamnya Ceramah Khas “Ramadhan… Ketibaaanmu dinantikan” oleh Al-Fadhil Ustaz Imran Al-Yamani pada 12 Julai 2011 (Selasa). Program kedua ialah Ceramah Kekeluargaan “Menangani Stress” bersama penceramah terkenal Pak Utih pada 17 Julai 2011 (Ahad).

Sama-sama kita sertai program ilmu ini.

Biodata Pak Utih boleh dilihat di:

  1. Di sini
  2. Dan di sini
    

Wassalam.

Wan Mohd Zukri
SU Surau Al-‘Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *