June 29, 2011
Gotong-royong Perdana
Assalamualaikum wm wbt,
Tuan/Puan yang dihormati,
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, wabak denggi yang berlaku di kawasan taman kita agak membimbangkan.
Sehubungan dengan itu, KRT dengan kerjasama Surau Al-‘Izzah mengambil inisiatif menganjurkan program Gotong-Royong Perdana pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh (lihat banner di atas). Sama-samalah kita menjayakan program ini dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.
Wassalam.
Wan Mohd Zukri C M Zin
SU Surau