Program Sepetang Bersama Atok

Biro Remaja dan Belia Surau Al-‘Izzah dengan sukacitanya menjemput semua remaja dan belia kariah Surau Al-‘Izzah menghadiri program “SEPETANG BERSAMA ATOK” pada hari Sabtu 11 Jun (maklumat terperinci seperti di bawah).

Program SEPETANG BERSAMA ATOK satu pendekatan untuk remaja dan belia berkonsepkan “Be Seen Be Heard” di musim cuti sekolah. Pendekatan santai melalui belaian rohani bertujuan mendekatkan remaja dan belia dengan surau, warga emas dan ahli surau supaya mereka rasa diterima dan didengar.

Tarikh : 11 Jun 2011
Masa  : 4.00 – 6.00 petang
Atok : Cikgu Aziz (Tuan Haji Aziz)
Tempat : Surau-Al-‘Izzah
Menu : BBQ
………………………………………….

Aturcara:

02.00 ptg Penyediaan BBQ
04.00 ptg Kehadiran Remaja dan Belia – Beramah-mesra dan Solar Asar
05.00 ptg Sesi Khas Bersama Atok
05.45 ptg Jamuan dan Bersurai

Maklumat lanjut hubungi En Shamsuri 019-2133005

Jom hadir beramai-ramai!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *