Month: June 2011

Gotong-royong Perdana

Assalamualaikum wm wbt, Tuan/Puan yang dihormati, Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, wabak denggi yang berlaku di kawasan taman kita agak membimbangkan. Sehubungan dengan itu, KRT dengan kerjasama Surau Al-‘Izzah mengambil inisiatif menganjurkan program Gotong-Royong Perdana pada 2 Julai 2011 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh (lihat banner di atas). Sama-samalah kita menjayakan program

Doa agar hindar mudarat

Kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di kejiranan kita merisaukan kita semua. Jangan lupa Jadikanlah doa sebagai senjata kita. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. untuk dibaca pada waktu pagi dan petang agar terhindar daripada segala kemudaratan sepanjang hari berkenaan ialah seperti di bawah. Doa ini juga terkandung dalam doa al-Ma’thurat. Baca selanjutnya mengenai doa

Kejadian Jenayah di Kawasan Kita

HEBAHAN KRT TAMAN SAMUDERA A FASA 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Taman Samudra 19 Jun 2011 – Penduduk-penduduk hendak lah sentiasa berwaspada dengan keselamatan diri, keluarga dan harta benda kerana penigkatan kejadian jenayah di sekitar kejiranan ini. Sarjan Guru Ketua Balai Batu Caves menasihatkan semua penduduk hendaklah sentiasa peka dan jika terdapat orang

Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa

Assalamualaikum wm wbt, Alhamdulillah Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Rumah Anak Yatim At-Taqwa Hulu Langat daripada Surau Al-‘Izzah telah diadakan pada 14 Jun 2011 di pejabat sementara mereka di Pusat Latihan YADIM di Sungai Semungkis Hulu Langat. Anak-anak yatim juga ditempatkan di Pusat Latihan ini sehingga bangunan baru mereka siap. YDP Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia Dr

Program Sepetang Bersama Atok Berjaya!

Assalamualaikum, Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, PSU Tn Hj Isa, Wakil Pemuda En Tauhid, Pn Hajjah Siti Hadejah dari Helwa (sumbangan Makanan), Pn Azlinda dari Jiran Wanita KRT (sumbangan makanan) dan tidak lupa buat semua AJK surau yang banyak menyokong program ini. Program ini dihadiri lebih

Program Sepetang Bersama Atok

Biro Remaja dan Belia Surau Al-‘Izzah dengan sukacitanya menjemput semua remaja dan belia kariah Surau Al-‘Izzah menghadiri program “SEPETANG BERSAMA ATOK” pada hari Sabtu 11 Jun (maklumat terperinci seperti di bawah). Program SEPETANG BERSAMA ATOK satu pendekatan untuk remaja dan belia berkonsepkan “Be Seen Be Heard” di musim cuti sekolah. Pendekatan santai melalui belaian rohani

Sunathon di Surau Al-'Izzah

TAMAN SAMUDERA, 5 JUN 2011 – Program Sunathon (berkhitan beramai-ramai) anjuran bersama Biro Kebajikan Surau Al-‘Izzah dan IKRAM Daerah Batu yang julung kali diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 6 orang peserta di kalangan anak-anak ahli kariah dan juga dari kawasan yang berdekatan. Dua orang doktor aktivis IKRAM telah dijemput sebagai “Tok Mudim” iaitu

7 Peserta Sunathon Bakal Melakar Sejarah!

Assalamualaikum wm wbt, Tuan/puan ahli kariah yang dihormati, Selepas jamuan makan di rumah En Zainal Arif seusai solat isyak tadi, Biro Kebajikan yang diketuai oleh En Zabarani telah mengadakan mesyuarat ringkas sebagai persiapan terakhir program Sunathon pada 5 Jun 2011 (Ahad) nanti. Turut hadir Pengerusi dan SU Surau serta Pengerusi Helwa dan beberapa orang AJK