Jom Gotong-royong Sabtu ni

Assalamualaikum wm wbt,

Tuan/puan yang dirahmati Allah SWT,

Menjelang HARI TERBUKA TAMAN SAMUDERA A FASA 1 (MITRA & DELPHINA) pada 21 Mei 2011 nanti yang akan menggunakan keseluruhan ruangan dalam dan luar surau Al-‘Izzah, banyak persediaan awal yang perlu dilakukan, antaranya ialah persiapan tempat program yang selesa, kemas dan bersih.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput bersama-sama dalam program GOTONG-ROYONG pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh :  7 Mei 2011
Hari     :  Sabtu
Masa  8.30 pagi – 12.00 tgh

Sama-samalah kita menjayakan program ini.

Wassalam.

SU Surau Al-‘Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *