Surau Al-‘Izzah, 2 April 2011 – Alhamdulillah BBQ Perdana Remaja Taman Samudra A Fasa 1 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada anak-anak remaja ahli kariah. Sebanyak 15 kilo ayam, hampir 2 kilo daging kambing dan sosej yang dibakarĀ  selepas solat isyak turut dinikmati oleh para jemaah lelaki dan wanita yang sebahagiannya adalah ibu bapa mereka sendiri.