April 22, 2011
Kelas Tahfiz Surau Al-'Izzah
Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Kelas Tahfiz Al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja mulai Jun 2011. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kelas ini.
PENGAMBILAN PELAJAR
- Terbuka kepada pelajar berumur 9 hingga 12 tahun.
- Semua calon akan ditemuduga sebelum diterima sebagai pelajar.
- Bilangan pelajar dihadkan 20 orang (1 kelas) bagi setiap sesi pengajian.
- Temuduga pada 14 Mei 2011 (Sabtu) 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.
SISTEM PENGAJIAN
- Tempoh pengajian selama 3 tahun (Jun 2011 hingga Jun 2014).
- Tahun 1 : Jun 2011 – Jun 2012 (Juz 30)
- Tahun 2 : Jun 2012 – Jun 2013 (Juz 29)
- Tahun 3 : Jun 2013 – Jun 2014 (Surah-surah pilihan iaitu: Yaasin, Sajadah, Al-Mulk, Al-Waqiah dan Ar-Rahman)
MASA PENGAJIAN
- Setiap hari Sabtu 8.30 pagi hingga 11.00 pagi
YURAN PENGAJIAN
- Yuran bulanan sebanyak RM30 setiap pelajar.
TENAGA PENGAJAR
- Ustazah Nor Syazila Muhamed Asri (Lepasan Darul Quran JAKIM)
PENDAFTARAN & KETERANGAN LANJUT HUBUNGI
- Urusetia Kelas Tahfiz Al-Quran Surau Al-’Izzah Taman Samudra (Ustazah Bahariah 016-219 5516)
Flyer kelas boleh klik sini.