Program Hidup Zero alasan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah program remaja Hidup Zero Alasan di Surau Al-‘Izzah pada 17 April 2011 anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan IKRAMTeens Daerah Batu disertai oleh 85 orang remaja, melebihi sasaran penganjur iaitu 60 orang. Selain remaja anak ahli kariah Surau Al-‘Izzah, program ini juga turut disertai oleh remaja dari taman yang berdekatan serta 20 pelajar dari Darul Kifayah dan 13 remaja dari Surau Al-Hidayah PPR Taman Wahyu.

Alhamdulillah melalui penganjuran program ini, Surau Al-‘Izzah bukan sahaja berupaya menyediakan program yang bermanfaat untuk remaja dalam kariah sendiri, tetapi juga berjaya membawa remaja dari taman sekitar dan juga dari tempat lain mengambil manfaat daripada program yang dianjurkannnya.

Program yang dikendalikan oleh Sdri Raihan Mustafa Kamal dan Sdra Husaini Hussain serta pembantu Sdri Siti dan Sdri Maryam ini dipecahkan kepada 4 slot iaitu:

  1. Tak Kenal Maka Ta’aruflah (Tumpang Tanya dan Muafakat Membawa Berkat)
  2. Hidup Zero Alasan (Senaman Pernafasan dan Caraku Caramu)
  3. Mesin Masa
  4. Resolusi

Selaku koodinator program, saya ingin merakamkan ucapan jazakallahu khairan kathira kepada:

  1. Seluruh JK Surau Al-‘Izzah dan IKRAMTeens yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal sehingga akhir.
  2. Penghargaan khusus kepada wanita Surau Al-‘Izzah yang memastikan sarapan pagi, minum pagi dan makan tengahari para peserta, pengendali dan petugas adalah hasil “air tangan” mereka sendiri melalui memasak secara gotong-royong.
  3. Pengendali program iaitu Sdra Husaini, Sdri Raihan dan pembantu mereka Sdri Siti dan Sdri Maryam yang  telah mengendalikan program ini dengan jayanya.
  4. Para penyumbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, kek harijadi, kek peserta, cokelat, fail program, menaja peserta dari Darul Kifayah dan sebagainya, semoga dimurahkan rezeki oleh Allah SWT disamping ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.
  5. Para ibu bapa peserta yang memberi sokongan dengan menghantar anak ke program ini.
  6. Pihak pengurusan Darul Kifayah dan Surau Al-Hidayah PPR taman Wahyu.
  7. KRT Taman Samudra A Fasa 1
  8. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga Allah memberkati dan memberi ganjaran yang setimpal di atas sumbangan dan sokongan tuan/puan semua.

Foto program boleh dilihat di sini.

Wassalam.

Abu Syamil
Koordinator Program
SU Surau Al-‘Izzah

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *