Mesyuarat Agung Khas Pencalonan AJK 2010-2013

Ahli kariah menyemak nama sebelum mengambil kertas undi, mengundi dan keputusan pengundian dipaparkan pada skrin

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Khas Pencalonan JK Surau Al-‘Izzah 2010 – 2013 malam tadi (Rabu 13/4/2011) berjalan dengan lancar dipengerusikan oleh Ustaz Hj Abdul Manaf Jusoh (Timbalan Nazir Masjid Ar-Rahimah) yang mewakili Tuan Nazir. Beliau dibantu oleh Setiausaha Masjid Ar-Rahimah Tuan Haji Rahmat dan Setiausaha Kerja Masjid Ar-Rahimah Tuan Haji Ibrahim Kamal.

Seramai 52 ahli kariah telah hadir ke mesyuarat ini. Keputusan pemilihan adalah seperti di bawah:

BIL JAWATAN NAMA
1. PENGERUSI HAJI DESA BIN ALI
2. IMAM USTAZ MUHAMMAD BIN ALI
3. BILAL MOHD ZULKEFLI B YAAKOB
4. SIAK HJ MOHD ZAKI BIN JUSOH
5. CALON 1 ZABARANI BIN HASHIM
6. CALON 2 HAJI ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH
7. CALON 3 WAN MOHD ZUKRI BIN CHE MAT ZIN
8. CALON 4 HAJI MOHAMED ISA BIN ALI
9. CALON 5 HAJI SUHAIRY BIN SAYUTI
10. CALON 6 HAJI ALIAS BIN ABDUL SAMAD
11. CALON 7 MUHAMAD TAUHID BIN SALIMIN
12. CALON 8 SHAMSURI BIN MD SAID
13. CALON 9 USTAZ ZOOL AMALI BIN MOHD NOOR
14. CALON 10 ADB HADI BIN MOHD RADZI
15. CALON 11 MOHD RAHIM BIN KAWANGIT
16. CALON 12 KUSAINI BIN MAT DAHAN
17. CALON 13 NOR SYAZILA BT MUHAMED ASRI
18. CALON 14 USTAZAH BAHARIAH BT ABD RAHMAN

Sejurus selepas berakhirnya Mesyuarat Agung Khas ini, Mesyuarat Pertama JK Surau Al-‘Izzah Sesi 2010 – 2013 telah diadakan bagi melantik JK Utama Surau. Berikut adalah JK Utama Surau yang diputuskan dalam mesyuarat:

Penaung : Tuan Haji Abd Ghani Shamsuddin
Pengerusi : Hj Desa bin Ali (dipilih dalam Mesyuarat Agung Khas)
Setiausaha : Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
Bendahari : Haji Abd Rahman Abdullah
Pen SU : Haji Mohamed Isa Ali
Pemeriksa Kira-kira I: Shamsuri Md Said
Pemeriksa Kira-kira II: Abd Hadi Mohd Radzi

Mesyuarat juga melantik Ustazah Bahariah Abd Rahman sebagai wakil Pengurusan Jenazah Wanita dan En Muhammad Tauhid Salimin sebagai wakil pemuda.

Bagi pencalonan CALON KE-12, terdapat 2 calon yang mendapat undi yang sama iaitu En Kusaini Mat Dahan dan Hj Suhuli Hassan. Kedua-duanya menyatakan hasrat untuk menarik diri. Mesyuarat pertama JK memutuskan untuk memilih En Kusaini Mat Dahan sebagai AJK bagi pencalonan ke-12.

Tambahan AJK dan penubuhan biro-biro akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Selamat memegang dan melaksanakan amanah kepada semua AJK Surau Al-‘Izzah Sesi 2010-2013.

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya”. Al Bukhari: 893 Muslim: 1829

Wassalam.

Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
SU Surau Al-‘Izzah

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *