NOTIS MESYUARAT KHAS PENCALONAN AJK

1 Jamadilawal 1432H
5 April 2011

Kepada:
Ahli Kariah Surau Al-‘Izzah
Taman Samudra Mitra dan Delphina
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Tuan/Puan yang dihormati,

Assalamualaikum wm wbt,

NOTIS MESYUARAT KHAS PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA
SURAU AL-‘IZZAH SESI  2010-2013


Semoga tuan/puan berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT.

Merujuk kepada perkara di atas,  sukacita dimaklumkan bahawa Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Mesyuarat  Khas Pencalonan Ahli Jawatankuasa Surau Al-‘Izzah Sesi 2010-2013 seperti berikut:

Tarikh     : 13 April 2011 (Rabu)
Masa        : Selepas Solat Isya’
Tempat   : Surau Al-‘Izzah

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

  1. Bacaan al-Fatihah dan doa selamat
  2. Ucapan Pengerusi (Nazir Masjid Ar-Rahimah)
  3. Sesi pencalonan
  4. Penangguhan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr

Sehubungan dengan itu, semua ahli kariah Surau Al-‘Izzah dijemput hadir ke mesyuarat ini.

Segala kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terimakasih.

Sekian, wassalam.

Yang diamanahkan,

Haji Mohamed Isa bin Ali
Setiausaha Penaja Surau Al-‘Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *