Hampir menitiskan air mata….

Assalamualaikum,

Pagi ini (Ahad, 4 April 2011), sambil melakukan kerja dengan laptop, saya dan Syamil (anak bongsu saya) menonton video “I Love Rasulullah” yang produksinya diusahakan oleh Tn Hj Alias, isteri (Pn Siti Hadejah) dan anak-anak beliau. Pn Siti Hadejah telah menyerahkan video ini agak lama juga kepada saya untuk dijual kepada ahli kariah, terutamanya ibubapa yang anak mereka menyertai program ini. Namun, saya tidak berkesempatan untuk melihat sepenuhnya video sepanjang 55 minit 30 saat ini. Hari ini, baru ada kesempatan.

Menonton dari permulaan hingga akhir video dalam format DVD ini, saya rasa sungguh terharu dan hampir menitiskan air mata kerana;

Pertama, melihat anak-anak yang begitu gembira, ceria dan aktif sepanjang program ini….“Ya, Allah, peliharalah aqidah, syariat dan akhlak anak-anak ini, tetapkanlah mereka dalam kebaikan dan keimanan kepada-Mu, jadikanlah mereka generasi yang mewarisi perjuangan Islam pada masa akan datang…”.

Kedua, melihat kerjasama dan kesungguhan JK Surau, kaum ibu, ahli kariah dan wanita IKRAM Batu yang turun membantu dari awal hingga akhir untuk memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Memasak, menyediakan makanan, menyediakan sijil penyertaan, menyediakan hadiah, membantu pengendalian program, mengemas tempat program dilakukan secara gotong-gotong dalam suasana yang cukup mahabbah.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar. Penuhkanlah piala hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-u. Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.”

Terimakasih dan tahniah kepada keluarga Tn Hj Alias kerana berjaya menghasilkan produksi video yang berkualiti ini dengan gambar dan audio yang jelas dan cantik sekali.

Amat berbaloi sekali ibubapa dan ahli kariah memiliki video ini. Lebih berbaloi lagi kerana 50% hasil jualan video ini akan disumbangkan kepada Tabung Surau Al-‘Izzah.

Harga video = RM10 (1 DVD). RM5 akan disumbangkan kepada Tabung Surau Al-‘Izzah. Tempahan boleh dibuat melalui emel atau sms kepada 012-320 3434.

Wassalam.

Abu Syamil

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *